Happy birthday budak :*

Assalamualaikum , hai pakwe makwe ? Sihat tk , hope korang sihat tau . Btw dah lame aku tk update blog ni . Kesiannya blog aku selalu kena tinggal :( Harini aku nak cita psl cousin aku NONI . Haa , baru baru ni pada empat belas februari adalah hari yang sangat sangat gembira buat aku . Kenapa ? Sebab kitorang celebrate birthday NONI di MC DONALDS , Kota Bharu . Meriah sangat mlm tu .


-Nur Syazwani Bt Irwan Yadie-

happy birthday to u , 
happy birthday to u , 
happy birthday to noni , 
happy birthday to u . 

Lepas je nyanyi lagu happy birthday , kitorang pon amik tempat masing masing . Kitorang makan ayam spicy , milo ais , french fries and burger fillet o fish . 






Lepas je abis makan , kitorang main games yg disediakan oleh pihak Mc Donalds . Chop , aku tk main pon , budak budak kecil je yg boleh main . Haha , aku ni dah besar . Memang lawak gila bila tgk aksi aksi budak budak tu main . Aku asyik gelak je keje . 
Lepas games tu tamat , bermula lha aktiviti yg paling ku suka . Iaitu snap gambar :*


- nurin , fyka , nisa -
with cousin and my beloved sister :*


- fyka and aiman -
with my brother :*


- zharfan , kk nisa , najihah and nurin -
my eldest brother , my beloved sister , and my cousin :*


- kk nisa and afifah -
my beloved sister and my younger sister :*


we're happy family :*
i love them so much 



Sambutan Maulidur Rasul VS Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum guys , terima kasih sebab sudi baca entry saya . 
Entry saya ni tk lha cantik sangat , just biasa biasa je . Hehehe :D

Harini nak bercerita sikit tentang sambutan maulidur rasul vs sambutan hari lahir . 
Hari lahir sape ? Jengjeng ^_^  Hari lahir aiman , nurin , and ayahandaku yg tersayang . 
Kedua dua sambutan ni berlangsung di Kampung Gaung Beta Hilir , 
iaitu kampung ayahandaku yg tersayang . Sambutan ni berjalan dgn lancar and meriah sekali tau .

*Mari sama sama baca dialog antara saya dgn ibu tersayang*

Saya: Ibu *malu malu* , ada orang kimsalam at ibu .
Ibu: Sape ? AMIR ke ?
Saya: Ya , AMIR kimsalam at ibu . 
Ibu: Waalaikumsalam , ajak lha dye dtg rmh .
Saya: Bole ke ?? Takot tok ayah mara *gosok mata*
Ibu: Ajak jelahh . 

By the way , saya pon mesej AMIR . Si dye kata si dye tk dpt nak dtg *kecewa* . 
Saya pon terpaksa buat muka seposen :( Beberapa minit kemudian , dpt mesej dari seorg lelaki . 
Yahoo , from AMIR . Katanya keluar lha , saya dok at gaung ni ! Saya pon cepat cepat 
keluar dari rumah tu . Tengok tengok , MOHAMAD AMIR AIMAN B MOHAMAD ALI 
ade at depan . Hahaha . Suka *lompat lompat*

Si dye suro panggilkan adik saya (zharfan) , zharfan keluar buat muka malu . 
Bajet malu je bdk pendek tuhh . Si dye bg sumthing utk zharfan . Zharfan bukak , lps bukak je . 
Dtg lha sorg minah menyibuk ni (afifah) , dok pegang pegang benda kaca tu , then pecah . 
Oh my , sakitnya hatiku ! Saya geram sangat at afifah tu . Sedih bila brg yg si dye bg utk zharfan 
pecah mcm tu jee . :(

 Saya terus ajak si dye and kwnnya si Ammar naik utk makan . Tapi , si Ammar tu seorg bdk 
yg malu tahap dewa . Anyway , Ammar dah lewat utk g pdg bola . Utk ape ? Tanya lg , utk maen 
bola lha lols ! Bola bola ? Tk suka aku :P Tanpa buang masa , saya terus ajak si dye naik and suro 
si dye makan . Malu sangat sangat , semua tengok saya . Saya pon tebalkan muka , buat don't know je .

Masa utk makan , si dye malu malu . And saya marah si dye , saya nak si dye makan . 
Si dye pon ikut je apa yg saya ckp . Si dye pon dgn muka malu ambik laksa dgn kuah lemak . 
Makk ai , sikitnya makan . Ya Allah , ruginya saya tk ambikkan utk si dye . Lps je si dye makan , 
mak saudara saya (ngoh) tego si dye and mnx si dye tambah lg laksa . Tapi , si dye menolak . 
Em , saya tk suka memaksa si dye . Mungkin si dye sudah kenyang ataupon laksa tu tk sedap . 
Hishh , impossible lha tk sedap . Lps je si dye mkn , saya pon cepat cepat bg air sirap utk si dye . 
Well , takot terlekat :D

Ehem , dlm hati ni rasa macam saya dah jadi isteri kpd si dye pulak . Wow , kegedikkan melanda . 
Tapi , saya bersyukur at ALLAH s.w.t sebab dpt jumpa and layan si dye . Walaupon kejap je , 
tapi saya sangat sangat seronok ! Hahahaha . Kenangan tu tkkan saya lupa sampai bila bila . 
Sebelum si dye balik , saya sempat bersnap gambar dgn si dye . Yeahh , tk sangka dpt jugak
 snap gambar dgn si dye tau :*

Memang mengidam since date at KB Mall lg tau , cuma tk sempat je nak berposing posing ! ALHAMDULILLAH . Saya pon mnx tlg dgn adik , AIMAN utk hantar si dye balik . 
Tk sampai hati tgk si dye jln kaki . Akhirnya , si dye cair dgn pujukkan saya . Hiphip hooreyy :D
  
---- With my hubby ----


i have died everyday waiting for you , 
darling don't be afraid i have love you ,
for a thousand years ,
i love you for a thousand more :*


Trilogi Cinta 2

Assalamualaikum . Hi semua , harini aku nak cita sikit pasal cita TRILOGI CINTA 2 ni , aku sendiri tk berapa nak paham dgn cita ni . Bukan apa , banyak sangat konflik dlm cita ni . Stress aku , fuhh :P
Tapi yang paling best dgn cita ni ialah hero dye , ROSYAM NOR . Kenapa aku minat dekat dye yeh ? Hmm , mungkin sebab dye kacak and lembut kot dgn isteri  dye , NURJINNAH . Ape ape pon , jom baca sinopsis cita TRILOGI CINTA 2  dekat entry aku yang simple simple je nih . Hehe , silakan -__-

SINOPSIS TRILOGI CINTA 2 
Pergeseran mereka berdua berterusan selepas Norseha melahirkan anaknya. Drama arahan Amie Maziah itu mampu membuatkan penonton untuk terus mengikuti apa kesudahan di antara Norjinah, Norseha dan ibu mereka, Mak Nab yang fikirannya asyik terganggu selepas bapa mereka meninggal dunia dan susah hatinya melihatkan perbalahan dua anaknya itu.

Drama Trilogi Cinta 2
Drama berdurasi selama 60 minit setiap kali bersiaran itu disiarkan di TV1, setiap Khamis dan Jumaat, jam 10 malam. Drama hebat itu turut dilakonkan Rosyam Nor (sebagai Razif), Rita Rudaini (Suraya), Yuswaisar (Badrul), Rabecca Nur Al Islam (Sharifah Yasmin), Saiful Ghaz (Anuar), Zulin Aziz (Kartini), Aida Khalida (Aida), Raissuddin Hamzah (Taufik), Syazana Firas (Amira) dan Fureena (Balkis).
Kisah baru musim kedua bermula selepas setahun Norseha melahirkan anaknya.
Sengketa Norjinah dengan Norseha terus berpanjangan kerana Norjinah masih belum dapat memaafkan adiknya. Setiap kali bersemuka dengan Norseha kebencian dan kemarahannya muncul. Dia tidak mahu berjumpa Norseha langsung dan setiap kali Norseha datang ke rumahnya dia tidak mahu keluar bilik. Kesedihan Norseha terhadap sikap Norjinah bertukar menjadi benci dan marah.
Bukan itu saja, malah Badrul dengan anaknya juga menjadi mangsa kemarahannya. Badrul dengan Razif cuba mendamaikan kedua-duanya, tetapi jalan perdamaian seperti tidak ada.
Permusuhan kedua-duanya sampai ke kemuncak apabila pada majlis perkahwinan Anuar dengan Kartini menjadi kecoh gara-gara pertengkaran mereka. Ketika pengantin bersanding, mereka bertengkar kerana Norseha merungut Amirul asyik menangis dan mengganggu tidur anaknya, Lukman.
Majlis menjadi kecoh dan pertengkaran mereka menjadi tontonan tetamu. Anuar yang sedang bersanding meninggalkan pelamin dan terus menampar kedua-dua adiknya. Mak Nab menanggung malu kepada tetamu yang datang dan Anuar sedih dengan sikap mereka. Bagi Norjinah apa yang berlaku satu tamparan kepadanya dan keluarganya. Bagi Razif pula Norjinah patut memaafkan Norseha kerana apa yang berlaku bukan salahnya seorang. Norjinah sentiasa menjawab kata-kata Razif dan membuatkan Razif hilang sabar. Pertengkaran Razif dengan Norjinah membuat anak-anaknya ketakutan dan lari ke rumah datuk mereka.
Dalam pada itu, Razif mahu Norjinah menerima takdir Allah dengan sabar, tetapi Norjinah tetap tidak boleh menerima apa yang berlaku. Norseha sudah berzina dan melakukan dosa besar. Razif bimbang jika Norjinah terus bersikap begitu, rahsia Norseha akan terbongkar dan Mak Nab serta Anuar akan mengetahuinya.
Mak Nab mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku lalu dia datang bermalam di rumah Norseha dan dapat tahu yang Norseha serta Badrul tidur di bilik berasingan.
Segala yang berlaku sangat merunsingkan Mak Nab dan dia senyap-senyap balik ke kampung.
Norseha pula mulai trauma dengan keadaan yang dilaluinya dan dia ingin kembali bekerja, tetapi anaknya dianggap sebagai penghalang pula, lalu dia meminta Mak Nab menjaganya. Badrul pula tertekan kerana Norseha tidak dapat menerimanya dan bercadang menceraikannya.
Dalam kekalutannya, Badrul terserempak dengan Sharifah Yasmin dan dia meluahkan masalahnya kepada Sharifah Yasmin atas dasar sahabat. Sharifah Yasmin bersedia membahagiakan Badrul kerana dia memang cintakan Badrul dan bukannya Razif.
Sementara itu Norjinah yang kembali belajar, diminati seniornya Fazli dan Shah yang menghidap barah hati. Mereka berdua tidak tahu Norjinah sudah bekahwin.
Banyak pergolakan yang berlaku sehingga Norjinah mahu bercerai dengan Razif dan Badrul pula akan mengahwini Sharifah Yasmin. Bersambung ^_^

Jangan buat saya jatuh hati pada awak ?

Bismillahirahmanirahim .



                                       


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis . Hmm , tapi kenapa kita susah nak paham ? (termasuk saya)
Bila mana kita tk menjaga pandangan , kelakuan pon tidak dapat berjaga . Yes , benda yang kita nampak remeh je , tapi sebenarnya sangat besar . 
Bukannya ape , kadang kadang orang  tu layan kita sama je mcm dye layan kawan kawan dye yang lain . Tapi di sebabkan hati pompuan ni mudah tersentuh , kita pon dah start syg pada kawan tu . Tapi sebenarnya dye biasa biasa je . So girl , beware kay ! 
Sekali lagi , bukan niat saya utk berat sebelah utk memenangi kaum Hawa , saya just berkongsi cerita tentang kebenaran yg berlegar legar di sekeliling saya . 

Fesyen Punya Trend ?

Assalamualaikum , lama tk jenguk blog sendiri . *Rindu*
Alhamdulillah dah masuk tahun baru pon . Sibuk di dunia reallti , terlupa kejap dunia alam maya  . Terpanggil utk berkongsi apa yang hati sedang rasa . Nasihat sesama muslimat , kerana sayang , sama sama nak masuk syurga kan ^_^

            
'Apesal lha pompuan ni complicated sangat ahh ? Nak bersiap dah berapa lama , dalam almari penuh dengan baju (masih lagi kata takde baju nak di pakai) , rak kasut dekat luar tuh (penuh dengan kasut) macam macam jenis ade , higheels , wedges and banyak lagi lha .

                                                                        ********
Sebagai muslimat , kita kena check dulu syarat syarat penutupan aurat yang telah ALLAH gariskan . Bukan kerana fesyen semata mata , lalu abaikan apa yang ALLAH suruh . Insyaallah , kita akan rasa selamat sebab ALLAH tk pernah tidur ;)

SYUKRAN JAZILAN FOR READING :D

Tentang Rasa , Astrid :D

Assalamualaikum , hey hey . Update blog lagi ? Suka hati aku lha , nyibuk jehh . Mula mula pasang radio ERA , dengar lagu TENTANG RASA . Wahh , jatuh cinta :D Lagu ni lagu tema dalam cita VANILA COKLAT . Alaa , yang pelakon zara aishah dengan aiman hakim redza tuhh . Haha . *Tiba tiba jadi teringat dekat someone . Cer teka ? Oh , korang tk tau kan . Hee , aku teringat dekat buah hati kesayangan aku lha . jengjengjeng ^_^ Sekarang ni dye dekat sekolah , tengah belajar lha tuhh . Haha . Yang aku ni , dok rumah je harini sebab demam punya pasal . Ni ada lirik lagu TENTANG RASA , aku hafal sikit sikit . Kalau korang tk suka lagu ni , korang bole bla lha yeahh . Tataaa :P




Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sifat Calon Suamiku :*

Assalamualaikum dan salam satu malaysia , hehe . Harini saya nak bagitau korang sikit pasal sifat sifat   yang perlu ada pada calon suami saya . Baca baca jangan tk baca tau ^_^

1. Kuat amalan agamanya . Menjaga solat fardhu , kerap berjemaah dan solat pada awal waktu . Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan . Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik , iaitu seorang yang nampak tegas , tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur .

3. Pertuturannya juga mesti sopan , melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia .

4. Tegas mempertahankan maruahnya . Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya .

5. Amanah , tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan .

6. Tidak boros , tetapi tidak kedekut . Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana

7. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap

8. Pergaulan yang terbatas , tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian .

9. Bertanggungjawab . Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya .

10. Wajah yang tenang , tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan .
Kalau sifat sifat tu ada pada diri korang , siap sedia lha . Mana tahu korang salah seorang calon suami saya satu hari nanti , haha :P