Sifat Calon Suamiku :*

Assalamualaikum dan salam satu malaysia , hehe . Harini saya nak bagitau korang sikit pasal sifat sifat   yang perlu ada pada calon suami saya . Baca baca jangan tk baca tau ^_^

1. Kuat amalan agamanya . Menjaga solat fardhu , kerap berjemaah dan solat pada awal waktu . Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan . Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik , iaitu seorang yang nampak tegas , tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur .

3. Pertuturannya juga mesti sopan , melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia .

4. Tegas mempertahankan maruahnya . Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya .

5. Amanah , tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan .

6. Tidak boros , tetapi tidak kedekut . Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana

7. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap

8. Pergaulan yang terbatas , tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian .

9. Bertanggungjawab . Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya .

10. Wajah yang tenang , tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan .
Kalau sifat sifat tu ada pada diri korang , siap sedia lha . Mana tahu korang salah seorang calon suami saya satu hari nanti , haha :P

No comments:

Post a Comment